Friday 19 February 2016

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 


PENGHUTANAN SEMULA
KAEDAH BIOLOGI
PENGGUNAAN BAJA ORGANIC
PERTANIAN TETAP 




                    PENGHUTANAN SEMULA 




Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan sepesis pokok yang cepat tumbuhan dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Contohnya pokok jenis pain,batai dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen. Contoh perhutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Selain itu penghutanan semula dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh.



                       KAEDAH BIOLOGI





Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular,burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.




PENGGUNAAN BAJA ORGANIK




Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemarkan air. Petani yang menggunakan baja organik dapat menanbahkan kesuburkan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.




                     PERTANIAN TETAP




Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedehan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurankan hakisan tanih.

No comments:

Post a Comment