Friday 19 February 2016

PENGENALAN

PEMELIHARAAN DAN 
PEMULIHARAAN ALAM 
SEKITAR..



  • LECTURE :- ASMAH BINTI MOHD SUBARI
  •  KELAS :- DKA1A


    AHLI KUMPULAN :-


       NAMA
     NO.MATRIX
1) HARSHINI A/P MAGENTREREN
            16DKA15F2016
2) KEVIN NATHAN A/L EDWARD GOBINATHAN
            16DKA15F2019
3) SHARANI A/P AANCHINEYAR 
            16DKA15F2028
4) DEEPAN RAJ A/L MURUGAN 
            16DKA15F2030
5) YAASHVINI A/P RATNAM 
            16DKA15F2031



Salam sejahtera... Anugerah alam ciptaan yang maha Esa amat menanjubkan dan dapat amat menenangkan fikiran seseorang... Ia juga satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada manusia... Bersyukur kita kepada yang maha Esa kerana dapat menikmati keindahanNya.. Sayangilah dan cintailah alam ciptaan yang Maha Esa kerana ia tidak dapat ditukar ganti.


                                         CONTOH





PENDAHULUAN

 PENDAHULUAN 

    Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi pengharapkan kepada pihak-pihak yang telah membantu kami untuk menyiapakan Blog Pengajian Malaysia ini iaitu mengenai keprihatinan malaysia kearah memulihara alam sekitar serta pencemaran alam sekitar masa kini. Sehubungan dengan itu, Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pengajian Malaysia kami yang telah banyak membantu kami menyiapakan Blog Pengajian Malaysia. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbangan kepada kami sepanjang prose membantu Blog. Kesebaran beliau amatlah saya hargai.

    Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berbincang dan berkongsi maklimat untuk menyiapkan Blog.

Terima Kasih sekalung budi.



KEPENTINGAN

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


  • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
  • Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar
  • Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global 
  • Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuhan-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan
  • Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang 
  • Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas 
  • Untuk memastikan bahawa bekalan logam, dan bukan logam di dalam kerak bumi tidak kehabisan

   TIPS

#Sayangi alam sekitar
#Jangan mudah merosakkannya
#Hargailah alam sekitar
#Sayangi alam sekitar sebagai mana kita menyayangi orang tersayang
#Sentiasa menjaga alam sekitar & memperbaiki diri supaya sayang akan alam sekitar 
( Every Day Is New Day )


HURAIAN

                     HURAIAN

Pemeliharaan bermaksud memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah,  kekal, tetap), berkualiti dan seimbang. Kemerosotan kualiti air sungai-sungai kita ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pencemaran yang datang daripada sisa-sisa buangan isi rumah dan ladang ternakan; efluen dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian; pepejal terampai (tidak mendap, terapung), dari hakisan tanah; dan sisa logam berat dari kilang. Sedikit sebanyak, hal ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat Malaysia masih kurang mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pejal yang bersih dan teratur. Dalam hal ini, kita mempunyai infrastruktur kelas dunia, tetapi mentaliti pada tahap mentaliti rakyat dunia ketiga.  Rakyat Malaysia yang bermentaliti sedemikian yang harus berubah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa antara masalah alam sekitar yang semakin meruncing di Malaysia pada masa ini ialah jumlah sisa pepejal yang dibuang semakin banyak, ditambah dengan masalah tapak pelupusan sisa buangan yang semakin berkurangan lagi. Malaysia adalah antara negara yang paling banyak sampah, iaitu kira-kira 17,000 tan sampah dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan setiap tahun. Kadar penghasilan sampah negara dijangka akan terus meningkat pada kadar 2 peratus setiap tahun, selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam pada itu, menurut satu kajian,  tapak pelupusan sisa buangan akansetakat 80 peratus dalam hanya dua tahun lagi.


Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan teknologi pelupusan sampah yang canggih-canggih untuk melupuskan sisa buangan. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencukupi untuk mencapai tujuan kita. Sebenarnya, di samping pengurusan sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan perhatianterhadap isu pengurangan sisa dan sampah itu sendiri. Di sini, pemahaman dan amalan kitar semula oleh segenap lapisan masyarat dapat memainkan peranan yang amat penting.


Dalam bidang industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baru, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih, jika dibandingkan dengan industri pembuangan sisa pejal semata-mata.

Program kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan telah mencecah usia 3 tahun, akan tetapi rakyat telah mencapai kadar kitar semula kira-kira 3 peratussahaja. Jika dibandingkan dengan kadar kitar semula dii negara-negara maju yang kebanyakan daripada mereka telah mencapai kadar kitar semula setinggi 30 hingga 47 peratus- prestasi Malaysia jauh ke belakang. Bilangan pusat kitar semula di negara tidak mencukupi dan amalannya tidak meluas sama sekali.




Ada orang yang berpendapat bahawa negara-negaraelah mengambil masa kira-kira 25 tahun untuk mencapai kadar kitar semula tersebut. Namun begitu, Malaysia tidak perlu mengambil masa 25 tahun untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Hal ini dikatakan demikian, adalah kerana kesedaran tentang alam sekitar telah sedia wujud sekarang, dan sebilangan rakyat Malaysia telah pun menitikberatkan keadaan alam sekitar.
Perlaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 


PENGHUTANAN SEMULA
KAEDAH BIOLOGI
PENGGUNAAN BAJA ORGANIC
PERTANIAN TETAP 




                    PENGHUTANAN SEMULA 




Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan sepesis pokok yang cepat tumbuhan dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Contohnya pokok jenis pain,batai dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen. Contoh perhutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Selain itu penghutanan semula dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh.



                       KAEDAH BIOLOGI





Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular,burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.




PENGGUNAAN BAJA ORGANIK




Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemarkan air. Petani yang menggunakan baja organik dapat menanbahkan kesuburkan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.




                     PERTANIAN TETAP




Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedehan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurankan hakisan tanih.

KESAN-KESAN

   KESAN MANUSIA MEMPUNYAI KESEDARAN :-









KESAN MANUSIA KURANG KESEDARAN :-





Thursday 18 February 2016

TANGGUNGJAWAB MANUSIA

TANGGUNGJAWAB MANUSIA DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 


Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang muda ini. Persoalannya hanya adakah kita sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak ? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan ? Kita seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan apakah kesannya kepada alam sekitar kita.

Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan mempertimbangan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra alam untuk menjalankan kerja mereka.

Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas, tidak membeli rumah yang didirikan dalam kawasan hutan yang mana pihak pemaju meneroka hutan-hutan menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih sama ada hendak menetap di kawasan yang selesa dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor perlancongan.

Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal. Sebagai masyarakat yan bertanggungjawab kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar. kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam sungai,longkang,sistem perparitan supaya tidak menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar.

Selain itu, kita juga perlu melakukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Sungai dan laut akan tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kesan yang akan didatangi. Daripada kerja pembalankan haram tersebut ia akan turut membawa kemusnahkan kepada kebanyakan habitat semulajadi ikan tawar. Selain itu, aktiviti pembalankan juga memusnahkan habitat hutan dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi hakisan tanah dan sebagainya.

Perkara yang paling penting ialah sikap, pemikiran, kesedaran yang berkaitan dengan pemeliharaan
dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar. Kesedaran terdapat kepentingan alam sekitar membolehkan kita menganggap akhlak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam sekitar sebagainya ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita selama ini.

Disampingan itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan. Kita harus memastikan mesej yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita.